Tuesday, January 25, 2011

Orienteering & Kali pertama saya menggunakan Kompas.

ZnR team- nama diberi. Terdiri dari ZifriNazrulRafidah.

Hai bertemu kembali. Pada hari Rabu yang lepas saya dan rakan kelas mendapat tugasan (assignment) baru mengenai orienteering.

ORIENTEERING (ôriənˈti(ə)riNG) - a competitive sport in which participants find their way to various checkpoints across rough country with the aid of a map and compass, the winner being the one with the lowest elapsed time.


If you enjoy running or walking, if you are interested in maps and navigation, or if you like outdoor sport, then orienteering is for you

Dalam bahasa mudah kita boleh tengok orienteering ni macam sukan dan paling komersial kita boleh tengok Explorace. Orienteering memerlukan kita bergerak dari satu checkpoint ke satu checkpoint.

Tugasan orienteering kali ini adalah untuk persediaan Kem Akhir (Outdoor Final Camp) kami nanti. Saya dan sepasukan lain perlu untuk mengatur semua Control Marker untuk melengkapkan tugasan Orienteering ni.

Contoh Control Marker, Puncher & Control Card. Sumber: derekacreative(dot)com


Setelah selesai semua pasukan meletakkan Control Marker, kini tibalah masa untuk kami cari Control Marker yang rakan pasukan lain buat. Saya tidak ingat ketika itu saya bertukar tugasan dengan kumpulan mana. Tapi yang pasti kami dapat melengkapkan semua Control Card pasukan kami.

Nasib kami tidak berapa baik kali ini. Kami hanya menduduki tempak ke-empat (4th place). Terdapat kumpulan lain yang lagi awal sampai dan tamatkan tugasan.

Tapi apa pun saya dapat banyak pengalaman dari latihan praktikal ni. Sedikit sebanyak dapatlah penuhkan ilmu didada. haha =D

Antara peralatan yang yang selalu digunakan ketika aktiviti orinteering.


A-Punche     B-Control marker     C- Control Card

*kompas yang ktorg guna time praktikal ritu,,